Suhaillah Salam memegang watak Amy
JITRA, 5 April (HPM) – Ada cakap-cakap belakang yang menyatakan bahawa filem sulung Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR), 2 Alam disasarkan kepada golongan mak nyah, namun sangkaan ini tidak tepat.
Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) menyatakan bahawa 2 Alam untuk rakyat Malaysia dan bukan dituju kepada golongan tertentu sahaja.
“Doktor menerbitkan filem ini yang berkisarkan tentang 7 dosa yang dilakukan oleh Amy, lakonan Suhaillah Salam sebagai platform untuk penonton semua melihat dosa yang sering dilakukan oleh manusia dipenghujung zaman ini.
“Sebagai khalifah yang telah diutuskan oleh Allah SWT, kita haruslah menjalankan tanggungjawab dalam menyebarkan kebaikan dan pengajaran kepada umat manusia sekalian,” kata pemilik dR Movie Production.
2 Alam akan menemui penonton pada 8 Mei. Saksikan penghasilan cerita yang cukup menarik ini dan 7 dosa besar yang dilakukan dapat menginsafkn penonton.






