JITRA, 5 April (HPM) β Bercerita mengenai filem kedua Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) yang bertajuk Khon Malay, jutawan dari Kuala Krai, Kelantan berkata bahawa filemnya ini bakal dibintangi pelakon berbangsa Cina, Siam, Orang Putih, selain Orang Melayu.
Katanya, ini adalah inspirasi untuk mengetengahkan pelakon majmuk bagi menyahut gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
βIa juga untuk membuktikan produksi filem Melayu mampu menjalinkan kerjasama dengan pelakon bukan Melayu,β kata Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) itu.
Tambah beliau, sejak dihebahkan tentang uji bakat filem itu, pihaknya menerima lebih 500 panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pelakon, bakal pelakon dan orang ramai yang berminat menyertai produksi itu.
Menurut pemilik dR Movie Production, filem aksi berprofil tinggi ini bakal merentasi sempadan negara bukan sahaja di negara Gajah Putih, malah diperingkat antarabangsa.





