JITRA, 5 April (HPM) — Hanya kerana mensasarkan filem 2 Alam pecah panggung dan diramalkan mencapai kutipan RM12 juta, nama Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) terus menjadi fenomena. Filem berprofil tinggi ini merupakan buah tangan pertama produksi milik DDR, dR Movie Production, yang sudah siap menjalani proses penyuntingan dan bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 8 Mei ini.
“Filem yang dihasilkan produksi bukan sekadar menghibur dan mengejutkan ramai pihak, malah boleh membuatkan rakyat Malaysia ternanti-nanti akan kemunculan filem ini di pawagam.
“Saya bersyukur kerana filem 2 Alam digarap dengan seni terbaik dan filem bergenre seram ini menarik minat lagenda sepanjang zaman, Ramli Sarip untuk turut sama menyumbang suara bagi lagu tema filem,” katanya.
Ramli Sarip akan bersama DDR menerusi Konsert Mega Ramli Sarip 2 Alam yang bakal berlangsung di Johor Bahru pada 24 April ini.
DDR turut menyifatkan filem berprofil tinggi ini sebagai filem yang memberi kepuasan maksimum kepada penonton.







