DDR mahu persaingan yang sihat
JITRA, 6 April (HPM) – Kepesatan ekonomi di negara ini telah menyebabkan ramai usahawan baru mencuba nasib untuk berniaga dalam pelbagai bidang. Kebanyakan mereka ini lebih menjurus kepada perniagaan berasaskan produk kesihatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) melihat ini sebagai satu persaingan yang sihat kepada perniagaannya.
Walaupun pesaing semakin ramai bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, beliau langsung tidak memandang ianya akan memberi impak negatif kepadanya.
“Doktor tidak melihat perkara ini negatif kerana dengan adanya pesaing, kita akan melakukan kerja dengan lebih kuat lagi.
“Jangan jadikan pesaing sebagai penghalang untuk kita terus berada di puncak. Jadikan mereka ini sebagai pembakar semangat untuk kita terus melakukan yang lebih baik lagi di masa akan datang,”kata DDR.
Beliau turut menambah, perniagaan yang jujur dan ikhlas pasti tidak akan menggoyahkan prestasi bisnesnya kerana itu merupakan sumber kepada kekuatan sesebuah perniagaan untuk terus berada di kedudukan yang tertinggi.