JITRA, 6 April (HPM) — Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) optimis untuk meningkatkan pendapatan syarikat sehingga RM1 billion setiap tiga bulan menjelang 2013.
DDR berkata, HPM akan terus memperluaskan penjenamaan dR Rozmey melalui produk dan perkhidmatan yang dihasilkan beliau.
“Sasaran untuk mencapai tahap penjualan sehingga berbillion ringgit bukanlah mudah, namun sekiranya ada usaha dan impian untuk melakukannya kita pasti berjaya merealisasikannya.
“Pada masa kini, HPM sedang bergiat aktif dan merangka strategi untuk meningkatkan mutu kerja serta menghasilkan lebih banyak lagi produk dan perkhidmatan dengan menggunakan jenama dR Rozmey,” katanya.
Skop perniagaan HPM tidak hanya terbatas kepada produk kesihatan saja kerana DDR sedang mengorak langkah dengan mencuba pelbagai bidang yang berlainan seperti menghasilkan produksi filem dan jenama pakaian sukan.






