dRHPM.com :: Keajaiban Produk Kesihatan Dan Kecantikan » Misi & Visi

Misi & Visi Datuk Doktor Rozmey
Alhamdulillah Syukur saya kehadrat ALLAH S.W.T yg memberi Inayah, kekuatan dan  kejayaan yang terbilang dalam perkhidmatan kesihatan dan perniagaan yang saya  ceburi 7 tahun lalu (2001), saya hanya Pakar Perubatan (O&G) dan cukup  kerdil dalam dunia perniagaan. Kini Alhamdulilah rezeki, kejayaan dalam usaha  saya menyelidik, mengamal perubatan dan menceburi berbagai bidang perniagaan, tampak jelas dan  terus saya pacu untuk satu tahap kejayaan dan kecemerlangan yang tertinggi.

Komitmen saya meningkatkan tahap penjagaan kesihatan secara menyeluruh bermula  bila beroperasinya JSC pada 4 Januari 2003 dengan bermodal RM 2 Juta yang di  pinjam dari institusi kewangan dan terus dipacu dengan beroperasinya JITRA  MEDICAL CENTRE (JMC) pada akhir 2009 yang menelan belanja RM 35 Juta dan  seterusnya pelaburan RM 500 Juta untuk 10 buah Hospital Pakar di seluruh  Malaysia.

Penyelidikan produk kesihatan yang saya bangunkan dari Jun  2003 terbukti terbaik dan sebaik produk bermutu dari luar negara. Pelan  pemasaran yang mudah dan menguntungkan telah saya usahakan untuk melahirkan  lebih banyak usahawan jutawan yg mahu bernaung di HPM. Rangkaian Pusat Penjagaan  Kesihatan “HPM Health Care” akan dibuka di 30 lokasi seluruh negara untuk  memberi khidmat nasihat dan rundingan kesihatan kepada penguna produk HPM.

Kilang HPM yang baru bernilai RM 25 Juta akan di dirikan selewatnya pada  2010 utk menangani permintaan dalam negara yang bertambah dengan pantas.  Dijangka menjelang 2011, sebanyak 100,000 pengedar berdaftar dengan HPM dengan  jualan minimum RM 45 Juta sebulan dan HPM dijangka akan disenarai di Bursa Saham  KL menjelang 2012. Pasaran antarabangsa akan diterokai secara besar-besaran  selewatnya menjelang 2011 sekurang-kurangnya di 15 negara serantau, Asia Barat  dan Eropah.

Hotel 3 bintang “ROZMEY PALACE” yang menelan belanja RM 7  Juta juga sedang rancak di usahakan dan akan mula beroperasi di Jitra, Kedah  pada akhir 2009 dan perkongsian secara bijak dalam perniagaan kereta import  mewah (NASDEQ AUTO) dengan siapnya bilik pameran baru berharga RM 500K di Anak  Bukit, Alor Setar Kedah.

Memastikan segala Misi dan Visi ini berjaya,  saya perlukan sokongan semua pihak, keluarga, Rakan Kongsi, Staff, Pengedar  serta Penguna. Saya amat berharap semua bekerja dengan penuh semangat dan gigih  bersama saya, kejayaan saya adalah kejayaan bersama.

Segala kejayaan ini,  tidak hadir dengan hanya bermimpi, kerja keras, displin yg tinggi, keberanian,  misi dan visi yg jauh dan jelas telah menjadi teras kejayaan. Apapun yang saya  miliki, kejayaan, saya sentiasa merasa miskin dan meminta dan berserah pada  ALLAH.. tidak akan menghalang tujuan hidup saya yang satu, hanya ALLAH, Agar  dapat terus mencintainya dan berharap hanya cintanya.

Saya dengan rasa  insaf dan rendah diri, semoga dapat memberi segala kebaikan dan manafaat untuk  semua. Wasalam.

Terima Kasih

Dr Che Rozmey Che Din