JITRA, 3 April (HPM) – Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus). Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Kebiasaannya berlaku pada bayi dan kanak-kanak.
Impetigo bermula dengan gelembung-gelembung kecil dan akhirnya pecah dan seterusnya mengeluarkan cecair.
Cecair tersebut akan kering dan menghasilkan kulit keras yang bewarna coklat kekuningan. Penyakit ini sangat gatal dan sering menyerang pada bahagian muka terutamanya disekeliling mulut dan hidung. Bagaimanapun ia juga boleh terjadi pada sekitar bahagian badan yang terdedah dan mudah dijangkiti kuman.
Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) berkata, kandungan bahan semulajadi yang ada di dalam DR-II, bukan sahaja membantu membaiki kulit yang rosak, ianya juga boleh merawat penyakit kulit seperti ini.
“Bahan seperti L-lysine dan Acerola Extract Power adalah terbaik dan bermutu tinggi. Ianya berfungsi untuk membaiki struktur kulit dan sebagai anti-oksida yang mampu meneutralkan radikal bebas yang merosakkan badan.
“Bahan lain seperti Astaxanthin adalah terbaik untuk merawat kulit dan Hydrolysed Marine Collagen dapat memelihara sel-sel kulit supaya menjadi lembut, licin, basah dan anjal.
“Ramai individu yang menghidapi masalah kulit seperti kegatalan, berkudis, serta kulit melecur akibat kebakaran telah berjaya memperolehi kulit yang jauh lebih baik daripada dulu,” ujar anak kelahiran Kuala Krai, Kelantan ini.






