dRHPM.com :: Keajaiban Produk Kesihatan Dan Kecantikan

AKTIVITI HARIAN MAMPU MEMBAKAR KALORI TANPA DISEDARI

JITRA,29 Jan (HPM)ÔÇôKehidupan yang aktif boleh menjamin kesihatan yang sihat.

Tanpa kita sedari, rupanya aktiviti harian mampu membantu membakar kalori yang tinggi.

Jika anda tidak sempat untuk bersenam dan mahu mengekalkan bentuk badan anda, beberapa perkara dapat membantu untuk tujuan ini.

Setiap hari, anda haruslah menggunakan tangga untuk ke pejabat atau rumah jika ianya berada ditingkat atas dan jangan gunakan lif.

Selain itu, anda disarankan untuk meletakkan kenderaan agak jauh supaya anda akan berjalan kaki untuk ke destinasi yang dituju.

Semasa di rumah, anda bolehlah melakukan aktiviti seperti mencuci kereta, meyapu sampah, berkebun supaya badan anda sentiasa mengeluarkan peluh.

Anda perlu jadikan aktiviti ini sebagai rutin harian dan tidak jemu untuk melakukannya kerana  dengan cara ini, kalori akan terbakar pada kadar yang sama. Maka, secara tidak langsung, berat badan anda akan kekal.

Share and Enjoy:
  • Print this article!
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
Bookmark and Share