|
SELEPAS berjaya meraih keuntungan memasarkan tiga produk, syarikat Herba
Prima Marketing Sdn Bhd kini melangkah setapak lagi mengembangkan
pasarannya dengan memasarkan enam lagi produk penjagaan kesihatan yang
dijangka memasuki pasaran selepas Aidilfitri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Pusat
Perubatan Jitra, Dr Che Rozmey Che Din, berkata produk menggunakan
formulasinya sendiri itu dijangka mendapat sambutan di pasaran kerana ia
menggunakan bahan terpilih dan bermutu tinggi, selamat serta murah.
Beliau berkata, antara produk yang akan dipasarkan ialah Gain 5, Hair 2
U, Doc-K, dr-Hepar, dr-Q10 dan dr-betic yang akan dipasarkan secara
berperingkat bermula bulan depan.
"Saya membuat kajian mengenai semua produk yang dihasilkan selain
melakukan testimoni kepada pengguna bergantung pada kesesuaian mereka.
"Apabila saya rasakan produk ini memuaskan, saya bersedia memasarkannya
sekitar bulan depan dengan harga berpatutan," katanya ketika ditemui di
Pejabat HPM, Bandar Darulaman, Jitra, baru-baru ini.
Dr Che Rozmey berkata, Gain 5 adalah produk yang dikhususkan untuk
menambah berat menggunakan asid amino penting seperti lycin, argine dan
multivitamin serta mineral seperti vitamin B kompleks yang mampu
merangsang sel.
Katanya, produk Hair 2 U pula dirumus khas untuk melebatkan rambut bagi
pengguna yang mengalami masalah keguguran rambut dan ia dihasilkan dalam
bentuk syampu dan produk minuman.
"Produk ini sesuai digunakan untuk seisi keluarga kerana selain
melebatkan, ia turut membantu menyihatkan rambut yang cantik dan berseri.
"Selain itu, produk Doc-K pula dikhaskan untuk pengguna yang menghadapi
masalah sakit urat dan setakat ini kita sudah menjalankan testimoni
terhadap mereka yang menghidap gout, sakit urat, sakit badan dan bahagian
belakang," katanya.
Menurutnya, bagi produk dr Hepar pula, ia diformula khas menggunakan
campuran asas herba dan enzim hati selain mampu menghasilkan antibodi dan
penyakit.
Katanya, produk dr-Q10 pula adalah antioksida yang membantu mengawal
sel jantung daripada cedera selain melancar darah dan mampu menyempitkan
saluran darah.
"Pengguna yang membeli produk ini perlu membuat pemeriksaan jantung
terlebih dulu di pusat perubatan kami untuk mengesan sama ada ia sesuai
atau tidak.
"dR-betic pula sesuai untuk pesakit kencing manis dan ramuan yang
digunakan berasaskan herba yang diformulasikan saya sendiri dan herba
digunakan bukan tempatan sebaliknya dari luar negara," katanya.
"Bagaimanapun, tiga produk kami sebelum ini iaitu kopi Jus Mate 5, dR
II dan kopi Ekspresso masih mendapat sambutan yang di luar jangkaan oleh
pengguna yang yakin dengan produk kami," katanya.
(END)
|