|
HERBA Prima Marketing Sdn Bhd mengukuhkan perniagaannya dengan pengenalan
produk minuman kesihatan terbaru, Dr II khusus untuk kecantikan wajah dan
kulit bagi wanita dan lelaki.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Che Rozmey Che Din, berkata produk Dr II
dihasilkan dengan rumusan ramuan terpilih seperti Astaxanthin, Hyrodlysed
Marine Collagen, L-lysine dan serbuk ekstrak Acerola serta sedikit herba.
Sehingga ini, katanya, syarikatnya memasarkan hampir 3,000 kotak
sebulan melalui setiap pengedar serta stokis mereka di seluruh negara dan
sambutan yang diterima setakat ini amat memuaskan.
"Walaupun harganya lebih mahal berbanding produk lain, pengguna akan
merasai sendiri keberkesanan serta kualitinya tetapi ia bergantung pada
kesesuaian kulit wajah seseorang.
"Sehingga ini, kami mengumpul banyak testimoni menggunakan produk Dr II
dan ternyata ramai berpuas hati dengan keberkesanannya," katanya ketika
ditemui di Pusat Perubatan Jitra, Bandar Darulaman, Kedah.
Dr Che Rozmey berkata, beliau akan memasarkan produk itu dalam pek
percubaan iaitu 15 sachet setiap satu mengandungi 10 gram pada harga
RM100 dalam masa terdekat untuk memberi peluang kepada orang ramai
mencubanya.
Katanya, sebelum ini, produk DR II dijual pada harga RM200 sekotak bagi
15 sachet yang mengandungi 15 gram dan terbukti berkesan dalam beberapa
minggu.
"Pengguna yang mengalami masalah resdung dan kulit boleh menggunakan
produk ini sebagai minuman kesihatan dan boleh menilai keberkesanannya
bergantung pada kulit mereka.
"Pelanggan juga boleh mendapatkan DR II pada harga RM150 sekotak jika
sudah menjadi ahli kami dan bagi yang belum, mereka boleh membelinya pada
harga RM450 dan secara automatik menjadi ahli," katanya.
Selain itu, Dr Che Rozmey berkata, syarikatnya akan bekerjasama dengan
pakar kimia diabetologi yang juga pakar kencing manis dari Universiti
Sains Malaysia (USM) untuk menjalankan penyelidikan terhadap produk Jus
Mate 5 (JM5) milik syarikatnya.
Katanya, mengikut perancangan, dalam setahun beliau akan mengumpul data
untuk didedahkan pada peringkat antarabangsa.
"Pengguna JM5 kini boleh melayari laman web kami untuk melihat sendiri
testimoni yang sudah dijalankan untuk produk keluaran syarikat ini.
"Selain itu, saya akan turun padang untuk mengadakan kursus di Hotel
Seri Malaysia pada 28 Jun ini bagi menerangkan lebih lanjut mengenai
produk kami selain mengalu-alukan kehadiran ahli baru untuk hadir ke
majlis kami.
"Kursus ini terbuka untuk individu mempunyai masalah berat badan dan
mereka yang berminat perlu membayar RM500 dan akan diberi tiga kotak JM5,
minum pagi, makan tengah hari dan minum petang percuma selain diberi
sijil penghargaan," katanya.
Menurutnya, pengguna boleh bertemu dengan Suzana Mohd Noor yang berjaya
menurunkan berat badan selain beberapa pengguna lain.
Katanya, pengguna juga berpeluang menjalani pemeriksaan kandungan
darah, kencing manis, darah tinggi serta penyakit yang akan dilakukannya
sendiri serta seorang doktor pakar.
(END)
|