AMARAN!!!: Pihak HQ HERBA PRIMA MARKETING (HPM) Jitra telah mengesahkan sebarang produk HPM yang dijual di kedai-kedai adalah palsu yang boleh menyebabkan kanser dan kegagalan buah pinggang. Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya pelanggan masih engkar atas arahan ini. Produk ORIGINAL hanya boleh diperolehi melalui wakil pengedar sah HPM yang diiktiraf oleh Syarikat HERBA PRIMA SDN. BHD. seperti wakil pengedar dRHPM.com, En Idris Sabtu. Harap maklum
Che Rozmey `doktor nomad’
News Archive (1991 – ) Article Full Document Display
Document 26 of 26
Publication : MA
Edition :
Date : 24/12/2006
Page Number : 12
Headline : Che Rozmey `doktor nomad’
Words : 985
Byline : Oleh Zainuddin Zain
Text :
BERBEKALKAN ijazah dan sarjana yang dipegangnya, beliau boleh menjalani
kehidupan selesa sebagai pakar perbidanan dan sakit puan dengan bernaung
di mana-mana pusat perubatan swasta tanpa perlu `pening kepala' untuk
berdepan risiko sebagai ahli perniagaan.
  Bagaimanapun, Dr Che Rozmey Che Din, anak kelahiran Kampung Baru Bukit
Sireh, Kuala Krai, Kelantan berfikiran sebaliknya. Bagi beliau, pusat
perubatan swasta cuma `dahan berpaut' pada awal kerjayanya untuk mencari
pengalaman dan mengumpul modal.
  Hari ini, beliau gah sebagai pemilik Jitra Specialist Center (JSC) di
Lot 70, Bandar Darulaman Jaya, Jitra, Kedah yang ditubuhkannya pada
Januari, 2003 dengan modal berjumlah RM2 juta.
  Selepas tiga tahun membuka JSC, Che Rozmey kini menjalin kerjasama
dengan seorang ahli perniagaan tempatan untuk membuka sebuah hospital
serba canggih bernilai RM35 juta di Lot 598, juga di Bandar Darulaman
Jaya.
  Hospital yang bakal menempatkan kira-kira 100 katil dengan peralatan
terbaru dunia perubatan itu dikenali sebagai Jitra Medical Center (JMC).
Ia dijangka beroperasi sepenuhnya pada Jun 2008.
  "Saya bersyukur kepada Tuhan kerana ada di tahap sekarang. Dalam
perjalanan hidup, kita perlu fokus dan berusaha keras untuk mencapai
sesuatu impian.
  "Namun, perkara terpenting yang perlu ditanamkan di dalam diri ialah
jangan lupa tanggungjawab kepada Allah SWT. Ini kerana kita mungkin lalai
dan `terlupa' kepada-Nya, tetapi Allah SWT tidak pernah melupakan kita.
  "Ini perkara yang saya pelajari kerana selepas membuka JSC pada 4
Januari 2003, saya pernah mengalami zaman kejatuhan teruk sekitar
penghujung 2004 dan awal 2005 akibat fitnah dan khianat pihak tertentu,"
katanya.
  Che Rozmey berkata, dalam situasi mencabar dan tertekan, beliau
mendalami ilmu agama yang mana memberikan hasil luar biasa.
  "Minta maaf, saya bukan bertujuan untuk bersikap riak. Namun, saya
berasa cukup penting untuk berkongsi pengalaman ini dengan orang lain
kerana setiap manusia melakukan kesilapan, tetapi yang penting ialah
mereka kembali ke jalan Allah.
  "Ketika dalam situasi getir, saya bersyukur kerana diberikan hidayah
untuk kembali ke jalan Allah, sekali gus memperoleh ketenangan untuk
memikirkan semula cara untuk menyelamatkan JSC," katanya.
  Dalam keadaan ketika itu, dengan JSC mengalami penurunan pelanggan
drastik manakala restorannya terpaksa ditutup hanya selepas tiga bulan
beroperasi dengan kerugian hampir RM300,000, beliau hampir mengalami
`sakit jiwa'.
  "Bagaimanapun, semuanya mempunyai hikmah dan Tuhan masih sayangkan
saya. Hari ini, di sebalik mencari kemewahan dunia, saya sentiasa
meluangkan masa untuk menunaikan kewajipan sebagai orang Islam.
  "Nyata ia memberi perubahan mengkagumkan. Ini nasihat ikhlas saya
kerana sebelum ini saya bukan terlalu buruk (imannya) tetapi lalai dalam
kesibukan memburu kenikmatan dunia. Namun, apabila kita menggabungkan
dunia dan akhirat, itu yang memberikan kenikmatan sebenar," katanya.
  Mengimbas semula perjalanan hidupnya, Che Rozmey berkata, beliau hanya
anak kampung yang hidup sederhana dengan keluarganya mengusahakan kebun.
  Anak bongsu dan juga lelaki tunggal daripada lima beradik itu berkata,
ayahnya prihatin dengan pendidikan dan menghantar semua anaknya ke
sekolah bandar yang terletak kira-kira 10 kilometer dari rumah.
  "Saya kemudian melanjutkan pelajaran menengah di MRSM Maktab Rendah
Sains Mara) Pengkalan Chepa, Kelantan sebelum mengambil Ijazah Perubatan
Universiti Sains Malaysia (USM)," katanya.
  Selepas setahun menabur khidmat di Hospital USM HUSM) Kubang Kerian,
Kelantan pada 1993, beliau menyambung pelajaran peringkat Sarjana
Perubatan (Perbidanan dan Sakit Puan) sebelum menyambung kariernya
sebagai pensyarah.
  "Saya menjadi pensyarah kira-kira setahun sebelum mengambil keputusan
berhenti untuk memperkembangkan karier dan pengalaman saya sebagai pakar
O&G (perbidanan dan sakit puan).
  "Ketika rakan lain berhenti selepas mengesahkan pekerjaan lain, saya
berbuat demikian tanpa perancangan, kecuali impian untuk menjadi ahli
perniagaan berjaya," katanya.
  Che Rozmey berkata, pada awalnya, beliau menjadi `doktor nomad' dengan
memberi perkhidmatan secara sambilan di beberapa pusat perubatan seperti
Bangi, Ampang dan Banting.
  "Ada harinya saya bertugas 24 jam dengan bayaran serendah RM25 sejam.
Pada 2000, saya mendapat pekerjaan tetap di sebuah hospital swasta di
Batu Pahat, Johor tetapi hanya dua bulan sebelum berpindah ke hospital
lain di Pasir Gudang, Johor.
  "Bagaimanapun, sekali lagi saya hanya bertahan dua bulan sebelum
berhijrah ke Alor Star dengan bekerja di Putra Medical Center (PMC) dan
bertahan dua tahun," katanya.
  Dengan bantuan mentornya yang juga perunding kewangan, Dr Abdullah Sani
Ismail, Che Rozmey mengambil keputusan berhenti daripada PMC dan membuka
JSC bermodalkan RM2 juta yang diperoleh daripada pinjaman bank hasil
cagaran tanah milik keluarganya.
  HASIL PRODUK KESIHATAN BANTU GOLONGAN OBESITI
  "KITA hidup di dunia hanya sementara. Berbekalkan ilmu dan kepakaran
yang ada, kita perlu membantu ummah sedaya mungkin."
  Itulah prinsip Dr Che Rozmey yang mempunyai pengalaman kira-kira 15
tahun di bidang perubatan apabila menghasilkan Jus Diet Mate 5 untuk
membantu golongan obesiti.
  "Walaupun memiliki Ijazah dan Sarjana Perubatan Perbidanan dan Sakit
Puan, saya juga mempunyai Diploma Farmakologi dari Universiti Sains
Malaysia (USM).
  "Berbekalkan pengetahuan ini, saya menjalankan uji kaji sejak 2003
untuk menghasilkan produk yang mampu membantu golongan obesiti berikutan
kadar obesiti di negara ini cukup tinggi.
  "Berikutan obesiti mampu menghadirkan banyak penyakit lain seperti
darah tinggi dan kencing manis, turut menjadi tanggungjawab saya untuk
membantu golongan ini," katanya.
  Che Rozmey berkata, Herba Prima Marketing (HPM) ditubuhkan tahun ini
untuk memasarkan produk Jus Diet Mate 5.
  "Ini adalah alternatif kepada produk sedia ada di pasaran. Saya terbaca
mengenai laporan negatif mengenai segelintir produk ini yang menggunakan
racun berjadual yang berbahaya jika digunakan tanpa preskripsi doktor.
  "Sehubungan itu, kehadiran produk saya memberi pilihan kerana
menggunakan adunan herba, serat fiber dan pati buah-buahan tanpa bahan
kimia atau pengawet. Saya boleh memberi jaminan kerana saya pakar
perubatan dan mempunyai pengetahuan di dalam bidang ini.
  "Kita mempunyai perancangan untuk mengeluarkan beberapa lagi produk
kesihatan. Ia bukan hanya berasaskan keuntungan semata-mata, tetapi
seperti saya katakan, lebih penting ialah kesihatan ummah secara
keseluruhannya," katanya.
  Profil
  NAMA: Dr Che Rozmey Che Din
  UMUR: 38 tahun
  ASAL: Kuala Krai, Kelantan
  PENDIDIKAN: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
  Pengkalan Chepa; Ijazah Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM);
Sarjana Perubatan (Perbidanan dan Sakit Puan) dan Diploma Farmakologi USM
  JAWATAN: Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO); Jitra
Specialist Center (JSC); Pengarah Urusan dan CEO Jitra Medical Center
(JMC); Pengarah Urusan Herba Prima Marketing Sdn Bhd
  ISTERI: Noor Halawiah Abdullah Shukri
  ANAK: Shamsul Anuar (13); Puteri Amelia Nastasya (6); Putera Hakim (5)
                              (END)
Bookmark and Share









SENARAI TERKINI AHLI dR GROUP YANG TELAH BERDAFTAR MELALUI dRHPM.COM (HPM)

Produk

Set Dan Harga

(Kos Penghantaran Percuma Termasuk Bukan Ahli. Produk Yang Dipesan Akan Dikurier Terus Kepada Pelanggan Oleh Syarikat HERBA PRIMA MARKETING Sendiri Yang Berpusat Di Jitra, Kedah Bagi Memastikan Pengguna Hanya Membeli Produk Yang Benar-Benar ORIGINAL Keluaran Syarikat Herba Prima Sdn. Bhd.)

1. Jus Mate Diet 5
2. Doc-K
3. Gain 5
4. Jus dR-II
5. Espresso XY
6. dR Silky
7. dR Betes
8. dR Q10
9. dR 8
10. dR101
11. dR Hepar
3 Kotak  (Automatik Menjadi Ahli HPM)
Harga Semenanjung
Malaysia :
RM450
Harga Langkawi, Sabah & Sarawak : RM480
Harga Brunei & Singapura : RM540
 
1 Kotak (Terbuka Kepada Ahli & Bukan Ahli)
Harga Semenanjung
Malaysia :

RM150 (Ahli) ,
RM200 (Bukan Ahli)
Harga Langkawi, Sabah & Sarawak :
RM160 (Ahli) ,
RM210 (Bukan Ahli)
Harga Brunei & Singapura :
RM180 (Ahli) ,
RM230 (Bukan Ahli)
 

HERBA PRIMA MARKETING KINI DIKENALI SEBAGAI dR GROUP. HARAP MAKLUM

DAPATKAN PRODUK TERBARU KELUARAN dR GROUP PENAPIS AIR TERULUNG "dR-PREMIER" & PEMBENTUK BADAN WANITA "SLIMMING SUIT"

smile