|
HERBA Prima Marketing mensasarkan jualan RM4.5 juta setahun bagi 10,000
produk Jus Diet Mate 5 yang kini semakin mendapat tempat di kalangan
pengguna sejak diperkenalkan pada Disember 2006.
Penyelidik Obesiti dan Pakar Sakit Puan Pusat Pakar Perubatan Jitra, Dr
Che Rozmey Che Din, berkata produk pelangsingan badan menggunakan formula
sendiri itu juga dijangka menembusi pasaran antarabangsa selewat-lewatnya
dua tahun akan datang.
Katanya, sambutan yang diterima sebelum ini amat menggalakkan sehingga
mampu mempunyai 700 ejen dalam jangka waktu singkat sehingga beliau
terpaksa menambah 2,000 kotak dalam masa 20 hari.
"Produk Jus Diet Mate 5 dirumus khas untuk melangsingkan badan bagi
individu yang mengalami masalah kegemukan dan berat badan berlebihan
sehingga menyebabkan mereka malu bergaul dengan orang ramai.
"Mereka yang mengambil produk ini akan kenyang disebabkan ramuan yang
digunakan diimport dari luar negara seperti Garnicia Cambogis (HCA),
Hoodia Gordini, L-Carnitine, Inulin, Soy Protein selain ditambah perisa
oren," katanya.
Dr Che Rozmey berkata, formulasi produk itu dilakukan sejak beliau
bertugas di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian,
Kelantan dengan kerjasama pakar farmasi untuk mengkaji herba terpilih.
Menurutnya, kajian mengenai keberkesanan herba berkenaan dilakukan
sejak 1999 sehingga produk itu berjaya dihasilkan dan mula dipasarkan
pada Disember 2006 manakala testimoni ke atas pesakit membuktikan
hasilnya.
Katanya, herba Hoodia Gordini dihasilkan daripada pokok kaktus Afrika
yang dapat mengurangkan selera makan selama lebih 24 jam.
"Pengguna boleh mengambil sarapan, tetapi menggantikan makan tengah
hari dengan Jus Diet Mate 5. Pada waktu malam pula, mengambil makanan
ringan seperti buah-buahan dan elakkan makanan manis serta berlemak.
"Sebelum ini, saya sudah menjalankan testimoni kepada 10 pesakit yang
mengalami masalah berat badan berlebihan termasuk kes Mazliwati yang
memiliki berat badan 208 kilogram, tetapi kini 98 kg.
"Mohd Lutfi yang dulu seberat 100 kg kini hanya 60 kg dan Mohd Helmi
dulu 130 kg (kini 90 kg) seperti pernah disiarkan di akhbar sebelum ini,"
katanya.
Dr Che Rozmey berkata, beliau bercadang bekerjasama dengan pusat
khidmat kesihatan secara francais untuk menggunakan produk Jus Diet Mate
5 di beberapa negeri bergantung pada sambutan yang diterima.
Katanya, beliau juga akan turun padang membuat pemeriksaan percuma
seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain sebelum mengesyorkan
Jus Diet Mate 5 keluaran syarikatnya.
Selain itu, katanya, bermula April depan, pengguna boleh membeli produk
menerusi laman web.
Katanya, pengguna boleh mendapat potongan harga istimewa selain menjadi
ahli seumur hidup dengan syarat perlu membeli tiga kotak Jus Diet Mate 5
pada harga RM150 setiap satu berbanding RM200 sekotak.
"Bagaimanapun, tawaran harga istimewa itu hanya diberi jika pengguna
yang membelinya di Pusat Pakar Perubatan Jitra selain berpeluang
menjalani pemeriksaan secara percuma.
"Walaupun bercadang memasarkan produk ini ke luar negara, saya
memerlukan masa sekurang-kurangnya dua tahun kerana mahu mendapatkan
kesan keberkesanan ke atas pengguna yang mengambil produk ini," katanya.
Menurutnya, sebelum ini dia turut memasarkan dua produk iaitu Ekspresso
dan Jus Dr II.
Profil
NAMA: Dr Che Rozmey Che Din
JAWATAN: Penyelidik Obesiti dan Pakar Sakit Puan Pusat Pakar Perubatan
Jitra
PRODUK: Jus Diet Mate 5
(END)
|