|
SEMPENA Aidilfitri, Herba Prima Marketing Sdn Bhd memberi peluang kepada
pengguna yang mempunyai masalah berat badan supaya memilih Jus Mate 5
(JM5) sebagai pilihan terbaik.
Ketua Pegawai Eksekutifnya yang juga Pakar Penyelidik Obesiti dan Ketua
Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Jitra, Dr Che Rozmey Che Din berkata,
produk JM5 berupaya membantu mengatasi masalah berat badan dengan pelan
mudah dan berkesan.
Beliau berkata, JM5 dan dR-II sesuai digunakan untuk seisi keluarga
terutama yang mahu pulang ke kampung kerana JM5 dapat membantu mengatasi
rasa lapar ketika bersahur atau berbuka ketika dalam perjalanan pulang.
"Bagi dR-II pula, ia dapat memberi kesan pencerahan kulit dalam
beberapa minggu dan pulang beraya dengan wajah berseri-seri," katanya
ketika ditemui di pusat perubatannya di Jitra, Kedah, baru-baru ini.
Selain itu, Dr Che Rozmey berkata, sebagai penghargaan kepada
kakitangannya yang bertungkus-lumus dalam memberi perkhidmatan terbaik
dalam memasarkan produknya, beliau akan memberi bonus sebulan gaji kepada
kakitangannya.
Beliau juga akan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri kepada pengguna
dan pengedar di kediamannya di Darulaman Heights pada raya ketiga ini
yang mana beliau akan menjemput Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK)
untuk menyerikan majlis.
"Kita juga akan mengadakan majlis berbuka puasa di sebuah sekolah agama
di negeri ini pada 15 Ramadan bersama 200 pelajar selain memberi hadiah
kepada mereka yang cemerlang.
"Sebagai bonus kepada pengguna, syarikat akan memasarkan tiga lagi
produk terbaru HPM iaitu doc-K untuk membantu masalah sendi dan tulang,
Gain 5 pula untuk menambah berat badan manakala doc-betic untuk mereka
yang menghidap kencing manis yang akan dipasarkan selepas Aidilfitri
ini," katanya.
Sementara itu, katanya, pertandingan cabaran langsing dan sihat sedang
berlangsung dan mereka berminat boleh mendapatkan borang keahlian di
pejabat urusan HPM atau mengisi borang melalui laman web HPM.
Katanya, pertandingan itu yang menawarkan hadiah lapan tiket
penerbangan ke Bali, Indonesia, dan akan tamat pada 31 Oktober depan.
"Kita bersyukur kerana dalam kegawatan ekonomi, HPM masih mampu
meningkatkan pasaran dan mampu meneruskan promosi menerusi media utama.
"HPM kini menambah bilangan 1,000 ahli dari 1,500 ahli yang sedia ada
selain pertambahan produk dan pelan pemasaran pada masa depan," katanya.
Dr Che Rozmey berkata, seminar HPM akan diteruskan di Johor Bahru untuk
memberi peluang kepada mereka yang mempunyai masalah berat badan dan
kulit untuk bertemu dengan beliau sendiri selain berpeluang menjadi ahli
pada harga RM450 dengan pembelian tiga kotak produk HPM.
(END)
|