AMARAN!!!: Pihak HQ HERBA PRIMA MARKETING (HPM) Jitra telah mengesahkan sebarang produk HPM yang dijual di kedai-kedai adalah palsu yang boleh menyebabkan kanser dan kegagalan buah pinggang. Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya pelanggan masih engkar atas arahan ini. Produk ORIGINAL hanya boleh diperolehi melalui wakil pengedar sah HPM yang diiktiraf oleh Syarikat HERBA PRIMA SDN. BHD. seperti wakil pengedar dRHPM.com, En Idris Sabtu. Harap maklum
JM5 tembusi pasaran Eropah
News Archive (1991 – ) Article Full Document Display
Document 15 of 26
Publication : HM
Edition :
Date : 28/06/2008
Page Number : 32
Headline : JM5 tembusi pasaran Eropah
Words : 488
Byline : Oleh Zuliaty Zulkiffli
Text :
HERBA Prima Marketing (HPM) kini semakin pesat berkembang apabila mula
menguasai pasaran e-dagang dengan memperkenalkan 180 laman web yang
memasarkan produk keluaran syarikat itu terutama Jus Mate 5 (JM5) bagi
menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa.
  Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Che Rozmey Che Din, berkata HPM melalui
e-dagang bakal melahirkan ramai usahawan untuk bergiat aktif melalui
sistem perniagaan secara efektif.
  Daripada jumlah itu, 200 usahawan aktif HPM kini menjalankan perniagaan
menerusi laman web secara dalam talian bagi membolehkan pelanggan membuat
pesanan serta membeli produk secara terus.
  "Pengguna boleh melayari laman web kami dan membuat pesanan serta-merta
dan penghantaran akan dilakukan dalam waktu singkat.
  "Penjualan JM5 kini mendapat sambutan di pasaran tempatan dan
antarabangsa selain mendapat permintaan tinggi di Eropah dan Asia
Tenggara, tetapi terjahan hanya dapat dipenuhi pada 2011," katanya ketika
ditemui di Pusat Perubatan Jitra, Bandar Darulaman, Kedah.
  Dr Che Rozmey merancang memasarkan produk itu secara terus tanpa perlu
melalui pengedar bagi memastikan kualiti produk terjamin.
  Menurutnya, penghantaran produk keluaran HPM ke luar negara oleh
pengedar tidak dibenarkan kerana bungkusan produk berbeza daripada
pasaran di negara ini.
  "Sehingga ini, laman web interaktif HPM menerima kunjungan 1,000
pelawat sehari yang memaparkan modul terbaru serta penjagaan kesihatan
terutama membabitkan kegemukan atau obesiti, syarikat serta maklumat
secara dalam talian.
  "Selain itu, forum khas berkaitan saya sebagai penyelidik obesiti turut
disertakan melalui laman web ini untuk membincangkan masalah yang
dihadapi pengguna berdepan masalah obesiti serta penyakit lain," katanya.
  Menurutnya, orang ramai boleh membeli menggunakan kad kredit dengan
membuat pesanan secara dalam talian dan pengedar boleh melihat profil
syarikat, maklumat peribadinya serta testimoni pengguna yang pernah
mencuba produk JM5 di laman YouTube.
  Katanya, pengedar kini diwajibkan membeli cakera padat video (VCD)
profil yang boleh didapati di pejabat HPM pada harga RM5 sekeping untuk
membantu mengembangkan perniagaan masing-masing tanpa perlu menggunakan
katalog.
  Beliau berkata, HPM memfokuskan perniagaan secara dalam talian untuk
mengembangkan satu bahagian baru iaitu sistem maklumat (IT) yang
dihasilkan lima Pegawai Eksekutif IT dengan membina laman web dan menjual
kepada pengedar khusus pengedar baru.
  Katanya, setiap pengedar baru boleh membeli laman web yang dihasilkan
pihaknya pada harga RM500 dan jika baru mendaftarkan sebagai ahli dan
mahu mengembangkan perniagaan, mereka boleh membeli laman web serta tiga
kotak JM5 pada harga RM950.
  "Dengan adanya laman web sendiri, saya pasti ramai pengedar dapat
mengembangkan perniagaan masing-masing kerana pengguna akan membuka laman
web itu untuk membeli produk.
  "Di sini, kami membina laman web untuk pengedar dan memantau setiap
masa untuk memastikan keselamatan laman web berkenaan supaya tidak
disalahgunakan.
  "Kami mengalu-alukan golongan siswazah menganggur serta suri rumah
untuk menceburi perniagaan ini bagi menambah pendapatan kerana sebelum
ini pengedar kami mampu memperoleh pendapatan sehingga lima angka dalam
masa beberapa bulan," katanya.
  Dr Che Rozmey berkata, HPM akan memperkenalkan tiga produk lain tidak
lama lagi untuk mereka yang menghadapi masalah sakit lutut dan sendi,
melebatkan rambut dan menaikkan badan untuk mereka yang kurus.
                              (END)
Bookmark and Share









SENARAI TERKINI AHLI dR GROUP YANG TELAH BERDAFTAR MELALUI dRHPM.COM (HPM)

Produk

Set Dan Harga

(Kos Penghantaran Percuma Termasuk Bukan Ahli. Produk Yang Dipesan Akan Dikurier Terus Kepada Pelanggan Oleh Syarikat HERBA PRIMA MARKETING Sendiri Yang Berpusat Di Jitra, Kedah Bagi Memastikan Pengguna Hanya Membeli Produk Yang Benar-Benar ORIGINAL Keluaran Syarikat Herba Prima Sdn. Bhd.)

1. Jus Mate Diet 5
2. Doc-K
3. Gain 5
4. Jus dR-II
5. Espresso XY
6. dR Silky
7. dR Betes
8. dR Q10
9. dR 8
10. dR101
11. dR Hepar
3 Kotak  (Automatik Menjadi Ahli HPM)
Harga Semenanjung
Malaysia :
RM480
Harga Langkawi, Sabah & Sarawak : RM510
Harga Brunei & Singapura : RM570
 
1 Kotak (Terbuka Kepada Ahli & Bukan Ahli)
Harga Semenanjung
Malaysia :

RM160 (Ahli) ,
RM210 (Bukan Ahli)
Harga Langkawi, Sabah & Sarawak :
RM170 (Ahli) ,
RM220 (Bukan Ahli)
Harga Brunei & Singapura :
RM190 (Ahli) ,
RM240 (Bukan Ahli)
 

HERBA PRIMA MARKETING KINI DIKENALI SEBAGAI dR GROUP. HARAP MAKLUM

DAPATKAN PRODUK TERBARU KELUARAN dR GROUP PENAPIS AIR TERULUNG "dR-PREMIER" & PEMBENTUK BADAN WANITA "SLIMMING SUIT"

smile