|
JUALAN tiga produk syarikat pengeluar produk herba, Herba Prima Marketing
(HPM) Sdn Bhd kini meningkat sehingga mencecah 25,000 kotak sebulan,
sejak Februari lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif HPM, Dr Che Rozmey Che Din, berkata walaupun
keadaan ekonomi negara dan dunia tidak begitu stabil, produk HPM terus
mendapat kepercayaan dan keyakinan pengguna.
Beliau berkata, ini berdasarkan jualan tiga produk keluaran syarikatnya
iaitu Jus Mate 5 (JM5), Dr II dan Kopi Ekspresso yang tidak terjejas
penjualannya setakat ini.
"HPM amat bersyukur kerana momentum di sebalik kegawatan ekonomi, kami
mampu mengembangkan jualan berdasarkan pelan pemasaran mudah dan berkesan
terutama medium e-Comerce yang dilaksanakan HPM.
"Walaupun agak sukar untuk syarikat mengajak pengguna menggunakan
sistem e-Comerce terutama kaunter perbankan, mesin juruwang automatik
(ATM) dan juga pasaran Internet, tetapi ia amat berkesan.
"Ini kerana kaedah ini memberi kemudahan urusniaga untuk melicinkan
perniagaan iaitu pengesahan jualan hingga kos penghantaran dibuat dalam
48 jam," katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Jitra di Bandar
Darulaman, Jitra.
Dr Che Rozmey berkata, HPM turut menjalinkan kerjasama baik antara
syarikat dan ejen penghantaran logistik terpilih dalam mengendalikan
urusan penghantaran serta pesanan yang dibuat pengguna.
Menurutnya, kerjasama baik ditunjukkan ejen dan pengedar HPM juga
adalah satu daripada faktor yang kukuh dalam meningkatkan jualan
perniagaan.
Katanya, HPM berjaya melahirkan budaya perniagaan yang telus, cekap dan
jujur serta beramanah melalui sistem serta tatacara yang diserapkan
kepada seluruh warga kerja HPM dan semua ejen.
"Dengan ini, HPM mampu melahirkan usahawan Bumiputera yang mahir dalam
pengurusan dan kemudahan sistem maklumat.
"Sasaran sokongan dan perkembangan pesat ini membolehkan HPM memasarkan
enam produk baru iaitu dr-betic, Hair 2 U, dr-Hepar, Gain 5 dan dr-Q10
selepas Aidilfitri dan ia dirumuskan saya sendiri," katanya.
Beliau berkata, sasaran asal HPM adalah untuk mempunyai 100,000
keahlian dengan mensasarkan jualan kepada RM4.5 juta menjelang 2012 ini.
Katanya, selepas Aidilfitri ini, beliau akan turun padang untuk
menghadiri seminar keusahawan dan kesihatan jutawan HPM di seluruh negara
serta melawat ahli yang menampakkan kesan selepas menggunakan produk
syarikatnya.
"HPM berharap pengguna dapat manfaat berganda daripada pengguna
khususnya JM5 di bulan puasa ini dan untuk sambutan Aidilfitri yang bakal
menjelang tidak lama lagi.
"HPM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh pengguna
di Malaysia, Brunei dan Singapura dengan ucapan maaf, zahir dan batin,"
katanya.
(END)
|