Jual JM5, dR II dalam Internet
| News Archive (1991 – ) Article Full Document Display |
|
|
|
|
|
Document 13 of 26 |
|
Publication : |
HM |
|
Edition : |
|
|
Date : |
24/07/2008 |
|
Page Number : |
27 |
|
Headline : |
Jual JM5, dR II dalam Internet |
|
Words : |
321 |
|
Byline : |
Oleh Zuliaty Zulkiffli |
|
Text : |
|
|
PRODUK Jus Mate 5 (JM5) dan dR II keluaran Herba Prima Marketing (HPM)
Sdn Bhd kini boleh dibeli secara dalam talian (online) menggunakan kad
kredit menerusi perkhidmatan perbankan Internet Maybank2U dan CIMB klik
selain pembelian secara terus di syarikat HPM.
Produk yang semakin mendapat sambutan itu turut mendorong
pengeluarannya ditambah bagi memenuhi cita rasa pengguna yang
mementingkan kecantikan dan kesihatan.
Ketua Pegawai Eksekutif HPM, Dr Che Rozmey Che Din, berkata walaupun
banyak persaingan dengan produk lain di pasaran, namun pengguna kini
semakin bijak memilih produk keluaran HPM yang terbukti berkesan selepas
kejayaan beberapa testimoni dijalankan sebelum ini.
Beliau berkata, setiap pesanan yang dihantar menggunakan khidmat
faksimile dan e-mel lebih cepat dan mudah kerana pengguna tidak perlu
beratur panjang untuk membeli produk atau boleh membeli daripada pengedar
yang dilantik.
"Pengguna boleh juga melayari laman web kami www.herbaprima.com.my di
Internet untuk membaca artikel kesihatan berkaitan produk disediakan di
samping melayari forum kesihatan yang turut memuatkan sesi soal jawab
bersama saya," katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Jitra, Bandar
Darulaman, dekat Jitra, Kedah, semalam.
Dr Che Rozmey berkata, syarikatnya bakal menerbitkan Buletin HPM dalam
masa terdekat untuk semua pengedar serta pengguna yang mahu mendapatkan
maklumat lengkap mengenai kesihatan dan program diet.
Katanya, buletin yang akan diterbitkan setiap empat kali setahun itu
akan membantu pengguna yang mengalami masalah obesiti, cara pemakanan
yang sesuai selain beberapa testimoni pesakit yang pernah mencuba
produknya sebelum ini.
"Setakat ini, bilangan ahli HPM sudah menjangkau 14,000 orang dan kami
menjangkakan bilangan itu akan bertambah berdasarkan sambutan
menggalakkan daripada pengguna.
"Dengan terbitnya buletin HPM ini, saya pasti pengguna akan lebih
mengetahui mengenai perancangan HPM pada masa depan selain menceburkan
diri dalam bidang keusahawanan terutama bagi siswazah dan suri rumah,"
katanya.
(END)
|