AMARAN!!!: Pihak HQ HERBA PRIMA MARKETING (HPM) Jitra telah mengesahkan sebarang produk HPM yang dijual di kedai-kedai adalah palsu yang boleh menyebabkan kanser dan kegagalan buah pinggang. Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya pelanggan masih engkar atas arahan ini. Produk ORIGINAL hanya boleh diperolehi melalui wakil pengedar sah HPM yang diiktiraf oleh Syarikat HERBA PRIMA SDN. BHD. seperti wakil pengedar dRHPM.com, En Idris Sabtu. Harap maklum
Keberkesanan dR II jelas terbukti
News Archive (1991 – ) Article Full Document Display
Document 4 of 26
Publication : HM
Edition :
Date : 13/11/2008
Page Number : 34
Headline : Keberkesanan dR II jelas terbukti
Words : 456
Byline : Oleh Zuliaty Zulkiffli
Text :
HERBA Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) kini mempertingkatkan lagi
pengeluaran produk dR-II, produk minuman kesihatan khusus untuk
kecantikan wajah dan kulit untuk wanita serta lelaki, berikutan sambutan
kian meningkat daripada pengguna.
  Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Che Rozmey Che Din, berkata dR-II
dihasilkan dengan formulasinya sendiri menggunakan ramuan terpilih
seperti Astaxanthin, Hyrodlysed Marine Collagen, L-lysine dan serbuk
ekstrak Acerola serta sedikit herba.
  Katanya, setakat ini, syarikatnya memasarkan hampir 5,000 kotak sebulan
melalui setiap pengedar dan stokis di seluruh negara serta sambutan yang
diterima setakat ini amat memuaskan.
  "Walaupun harganya lebih mahal daripada produk lain, tetapi pengguna
akan merasai sendiri keberkesanannya serta kualitinya, tetapi ia
bergantung pada kesesuaian kulit wajah seseorang.
  "Setakat ini, kami sudah menjalankan banyak testimoni menggunakan
produk dR-II dan ternyata ramai yang berpuas hati dengan kesan yang
diterima," katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Jitra, Bandar
Darulaman, Kedah, baru-baru ini.
  Dr Che Rozmey berkata, beliau akan memasarkan produk itu dalam pek
percubaan iaitu 15 uncang yang setiap satu mengandungi 10 gram dengan
harga RM100 dalam masa terdekat ini untuk memberi peluang kepada orang
ramai mencubanya.
  Menurutnya, ada pertambahan dalam produk dR-II iaitu vitamin E
berbanding hanya vitamin C yang terdapat dalam keluaran sebelum ini.
  Katanya, sebelum ini dR-II dijual pada harga RM200 sekotak bagi 15
uncang yang mengandungi 15 gram setiap satu dan terbukti berkesan dalam
masa beberapa minggu.
  "Pengguna yang mengalami masalah resdung dan kulit boleh menggunakan
produk ini sebagai minuman kesihatan serta boleh menilai keberkesanannya
bergantung kepada kulit mereka.
  "Pengguna boleh mendapatkan dR II pada harga RM150 sekotak jika sudah
menjadi ahli kami dan bagi yang belum, mereka boleh membelinya sebanyak
tiga kotak pada harga RM450 dan secara automatik menjadi ahli," katanya.
  Dalam pada itu, Dr Che Rozmey berkata, pengguna setia dR-II, Nurzuraifa
Zulkifli yang menjalani testimoni kini semakin jelita dan mendapat kulit
yang diidamkan selepas menggunakan produk itu sejak sebulan lalu.
  Nurzuraifa atau Effa ketika ditemui berkata, sebelum ini dia hanya
mengetahui produk berkenaan dapat membantu menangani masalah jerawat dan
jeragat pada kulit wajah, tetapi selepas mencubanya, dia terasa sesuatu
kelainan dan wajahnya semakin menarik.
  "Saya tidak mencuba produk lain selepas mengamalkan pengambilan dR-II
dan hasilnya kulit saya lebih menawan.
  "Saya akan terus menggunakan produk ini sampai bila-bila untuk
memastikan kulit muka saya sihat dan tidak mempunyai kesan sampingan,"
katanya.
  Effa turut mengamalkan produk Jus Mate 5 (JM5) dan mendapat kesan yang
diidamkan dalam tempoh dua minggu.
  Effa yang bakal menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pegawai
Eksekutif HPM tidak lama lagi akan memulakan tugasnya selewat-lewatnya
bulan depan dan akan cuba sedaya upaya membantu dalam membangunkan
perniagaan untuk bakal suaminya.
                              (END)
Bookmark and Share









SENARAI TERKINI AHLI dR GROUP YANG TELAH BERDAFTAR MELALUI dRHPM.COM (HPM)

Produk

Set Dan Harga

(Kos Penghantaran Percuma Termasuk Bukan Ahli. Produk Yang Dipesan Akan Dikurier Terus Kepada Pelanggan Oleh Syarikat HERBA PRIMA MARKETING Sendiri Yang Berpusat Di Jitra, Kedah Bagi Memastikan Pengguna Hanya Membeli Produk Yang Benar-Benar ORIGINAL Keluaran Syarikat Herba Prima Sdn. Bhd.)

1. Jus Mate Diet 5
2. Doc-K
3. Gain 5
4. Jus dR-II
5. Espresso XY
6. dR Silky
7. dR Betes
8. dR Q10
9. dR 8
10. dR101
11. dR Hepar
3 Kotak  (Automatik Menjadi Ahli HPM)
Harga Semenanjung
Malaysia :
RM450
Harga Langkawi, Sabah & Sarawak : RM480
Harga Brunei & Singapura : RM540
 
1 Kotak (Terbuka Kepada Ahli & Bukan Ahli)
Harga Semenanjung
Malaysia :

RM150 (Ahli) ,
RM200 (Bukan Ahli)
Harga Langkawi, Sabah & Sarawak :
RM160 (Ahli) ,
RM210 (Bukan Ahli)
Harga Brunei & Singapura :
RM180 (Ahli) ,
RM230 (Bukan Ahli)
 

HERBA PRIMA MARKETING KINI DIKENALI SEBAGAI dR GROUP. HARAP MAKLUM

DAPATKAN PRODUK TERBARU KELUARAN dR GROUP PENAPIS AIR TERULUNG "dR-PREMIER" & PEMBENTUK BADAN WANITA "SLIMMING SUIT"

smile