Kursus anjuran HPM dapat sambutan
| News Archive (1991 – ) Article Full Document Display |
|
|
|
|
|
Document 11 of 26 |
|
Publication : |
HM |
|
Edition : |
|
|
Date : |
14/08/2008 |
|
Page Number : |
36 |
|
Headline : |
Kursus anjuran HPM dapat sambutan |
|
Words : |
439 |
|
Byline : |
Oleh Zuliaty Zulkiffli |
|
Text : |
|
|
PENGELUAR produk kesihatan, Herba Prima Marketing (HPM) terus mencatatkan
perkembangan memberangsangkan apabila 50 pautan di laman web syarikat itu
bernilai RM660 setiap satu ditempah pelanggan selain kursus ditawarkan
turut mendapat sambutan di luar dugaan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Che Rozmey Che Din, berkata beliau
bersama kakitangannya kini mula mengatur persiapan untuk mengadakan
kursus teknologi maklumat (IT) yang akan diadakan dalam tiga sesi untuk
pengguna.
Beliau berkata, kursus yang akan dimulakan selepas Aidilfitri itu
terbuka kepada pengedar dan ahli HPM yang berminat dan ia akan bermula di
ibu pejabat HPM di Bandar Darulaman, Jitra selama tiga hari pada tarikh
yang akan ditetapkan kelak.
"Peserta yang mengikuti seminar itu akan berpeluang menjalani latihan
praktikal mengenai barangan keluaran syarikat kami.
"Selepas selesai tiga modul yang diajar, peserta akan mengendali dan
mereka laman web serta mahir dengan teknik terkini sistem pesanan ringkas
(SMS)," katanya ketika ditemui di Jitra, Kedah, baru-baru ini.
Dr Che Rozmey yang juga pakar perbidanan dan sakit puan di Pusat
Perubatan Jitra, berkata dengan memiliki laman web sendiri, pengedar atau
ahli HPM boleh mencari pelanggan serta menjual produk HPM dengan mudah
selain menjalankan perniagaan secara talian terus.
Beliau menasihatkan semua pelanggan yang memiliki laman web sendiri
supaya terus komited dengan perniagaan bersama HPM selain mereka
berpeluang menjual produk lain melalui web berkenaan.
"Dengan menggunakan skim Internet ini, mereka boleh memulakan
perniagaan dengan pasaran yang luas dan boleh memasarkan produk lain
tanpa perlu pergi dari rumah ke rumah serta dapat menjimatkan kos
perjalanan dan tenaga.
"Pengedar dan ahli boleh menghebahkan kepada orang ramai selain
menjalankan perniagaan secara mega menggunakan perbankan Internet.
"Mereka juga boleh menjalankan perniagaan secara sambilan walaupun
bekerja tetap kerana menjual barangan HPM ini tidak sukar dan hanya
berniaga melalui on-line selain boleh menjalankan perniagaan secara
individu," katanya.
Dr Che Rozmey berkata, produk keluaran HPM seperti Ekspresso, Jus Mate
5 dan dr II mendapat sambutan luar biasa dan pesanan yang diterima
daripada pelanggan amat menggalakkan.
Katanya, pengguna semakin yakin dengan produk HPM dan pihaknya mahu
meningkatkan lebih banyak produk kesihatan.
Beliau berkata, pengguna kini boleh membeli secara on-line menggunakan
kad kredit menerusi perkhidmatan Maybank2u dan CIMB Click selain
pembelian secara terus dengan menghubungi syarikat HPM.
"Setiap pesanan yang dihantar menggunakan khidmat faksimili dan e-mel
adalah lebih cepat dan mudah kerana pengguna tidak perlu beratur panjang
untuk membeli produk kami atau boleh membeli dari pengedar yang dilantik.
(END)
|