|
LAPAN pemenang bertuah Peraduan Cabaran Langsing dan Sihat Menawan
anjuran Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) akan ke Bali, Indonesia, 23
Disember ini.
Mereka adalah Norhazah Aziz, Aminah Mohamed Yunus, Zahari Mahpudz,
Munalizatul Daud, Nordiana Yaakob, Mimie Aqilla Alias, Roziah Md Zain dan
Amanisah Ahmad.
Ketua Pegawai Eksekutif HPM, Dr Che Rozmey Che Din, berkata pemenang
terbabit akan menerima tiket penerbangan masing-masing dalam seminar
anjuran HPM di Hotel Seri Malaysia, Alor Star, Kedah, 20 Disember ini.
Beliau berkata, syarikatnya akan menganjurkan lagi pertandingan
seumpama itu dalam enam bulan akan datang dan peserta perlu membeli
produk keluaran syarikatnya untuk membolehkan mereka menyertainya.
"Semua pemenang dipilih berdasarkan testimoni dan kesan yang mereka
peroleh selepas menggunakan produk kami.
"Mereka akan menerima tiket penerbangan pergi dan balik termasuk pakej
penginapan sepanjang berada di republik itu nanti.
"Saya amat berterima kasih kepada semua yang menyertai pertandingan itu
walaupun hampir 100 orang menghantar penyertaan, namun hanya lapan orang
sahaja terpilih memenangi hadiah menarik ini," katanya ketika ditemui di
Pusat Perubatan Jitra, Bandar Darulaman, Jitra, baru-baru ini.
Beliau berkata, 40 pemenang sagu hati pula akan menerima hadiah misteri
sebagai penghargaan kepada mereka kerana sudi menyertai pertandingan
seperti itu.
Dalam pada itu, Dr Che Rozmey berkata, produk terbaru HPM, Gain 5
mendapat sambutan menggalakkan pengguna dan syarikatnya terpaksa menambah
2,000 lagi kotak Gain 5 untuk memenuhi permintaan pasaran.
Beliau berkata, beliau dapati pengguna yang ingin menambah berat badan
kini semakin yakin memilih produk Gain 5 kerana ia mampu menambah berat
antara dua hingga tiga kilogram dalam tempoh dua minggu.
"Saya berharap supaya permintaan terhadap produk Gain 5 serta produk
lain keluaran HPM akan mencapai sasaran jualan perniagaan HPM bagi
penghujung tahun ini," katanya.
Sehingga ini, katanya, beliau masih menaja beberapa pelanggan yang
mengalami masalah kegemukan dengan membantu memberi produk Jus Mate 5
untuk diamalkan.
Di samping itu, katanya, bilangan ahlinya kini meningkat kepada 20,000
dan dijangka bertambah berdasarkan sambutan menggalakkan daripada
pengguna yang menjadi ahli dan pengedar.
Katanya, dengan perlantikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif baru yang
juga isterinya, Nurzuraifa Zulkifli atau Effa, HPM yakin ia dapat
melonjak perniagaan syarikatnya itu.
"Walaupun Effa masih dalam proses mempelajari selok-belok syarikat,
saya yakin pembabitannya dalam perniagaan ini akan dapat membantu
mempertingkatkan perniagaan HPM," katanya.
(END)
|