|
PRODUK keluaran Herba Prima Marketing (HPM) kini mendapat sambutan lebih
dua kali ganda sejak empat bulan lalu selepas mendapat keyakinan kepada
pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutif HPM, Dr Che Rozmey Che Din, berkata pengguna
kini semakin berminat menggunakan produk keluaran syarikatnya berdasarkan
bilangan ahli yang semakin meningkat sehingga menjangkau 15,000 orang.
Katanya, beliau akan memasarkan 20,000 kotak Jus Mate 5 (JM5) sebulan
dan 5,000 kotak dr II berikutan sambutan di luar jangkaan dan hampir
melepasi sasaran.
"Pengguna kini berkeyakinan penuh selepas mendapat kesan diingini
dengan mengamalkan cara pemakanan ketika mengambil JM5.
"Peningkatan produk ini tidak tersasar jauh dengan sasaran yang saya
buat kerana bilangan ahli kini semakin meningkat kerana pembelian JM5
kini semakin mudah melalui Maybank2U dan CIMB klik tanpa perlu bersusah
payah ke kedai yang menjualnya selain menjimatkan masa," katanya ketika
ditemui di Pusat Perubatan Jitra, Bandar Darulaman, baru-baru ini.
Dr Che Rozmey berkata, 20 pengedarnya kini mampu memperoleh pendapatan
sehingga lima angka serta 200 pengedar lagi memperoleh pendapatan hampir
empat angka bagi bonus jualan yang diterima mereka.
Katanya, jumlah itu dijangka bertambah berikutan produk HPM kini
semakin laris berbanding produk keluaran syarikat lain kerana pengguna
mahukan kesan terbaik.
"Pengedar atau ahli tidak perlu berjalan jauh untuk berniaga secara
jualan langsung, tetapi kini mereka boleh berniaga dengan hanya
menunjukkan testimoni yang dilakukan pada diri sendiri dan menjadi ikutan
pengguna lain.
"Setakat ini, pengedar kami, Hamidah Husin dari Kuala Lumpur yang
dahulunya suri rumah, kini mampu memperoleh pendapatan sehingga lima
angka dan menjadi pengedar paling tinggi jualannya," katanya.
Menurutnya, seminar bergerak yang diadakan di seluruh negeri setiap
hujung minggu turut membantu memperkenalkan produk keluaran HPM yang
dihadiri golongan obesiti, pesakit kulit dan kecantikan dalam dan luaran
pengguna.
Katanya, HPM juga membantu kakitangan awam dan swasta menjalankan
perniagaan secara sambilan dengan harga bermodalkan RM450 dan boleh
dijalankan melalui laman web.
"Kami turut menawarkan perkhidmatan mereka bentuk laman web untuk
pengguna sendiri dengan menawarkan harga serendah RM550 dan ia dapat
membantu pengguna menjalankan perniagaan tanpa perlu keluar rumah dengan
hanya perlu kemudahan Internet di rumah.
"Dengan perniagaan menerusi talian terus (online), pengguna lebih mudah
untuk menjalankan urus niaga berikutan kos sara hidup serta kenaikan
harga minyak kerana dengan menjual tiga kotak produk HPM, setiap ahli
bakal memperoleh bonus RM90," katanya.
(END)
|