JITRA, 2 Dis (HPM) – Akibat gas bocor ketika memasak pada 23 Oktober lalu, seorang warga emas terbakar di muka serta tangannya hampir 10 peratus pada lapisan pertama kulit sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital selama tiga hari.
Bekas pesara bahagian pentadbiran di sebuah sekolah ini meraung kesakitan selama seminggu sebelum beliau minum DR II yang diberikan secara percuma oleh anak saudaranya yang juga pengedar aktif produk HPM iaitu Norhazlina Tahkim.
Menurut Som Jantan, 57, dari Petaling Jaya, kulitnya yang terbakar itu mengelupas selepas seminggu minum DR II dua paket sehari.
“Apabila saya bangun pagi saya terkejut tengok kulit yang terbakar mengelupas dan berada penuh di atas katil…saya tengok cermin ternyata kulit saya semakin cerah walaupun nampak nipis.
“Rasa berdenyut di muka juga semakin kurang dan ternyata kulit saya cepat kering dengan menggunakan DR II disamping menyapu krim vitamin E di muka dan tangan,” kata beliau ketika dihubungi wartawan HPM di sini.
Som berkata, selepas sebulan kulit beliau kini semakin baik walaupun pernah diberitahu kesan kulit terbakar sangat sukar untuk dipulihkan dan mengambil masa yang lama.
Katanya dengan DR II segalanya bagaikan mimpi kerana dapat membantu mempercepatkan pertumbuhan kulit baru beliau.
“Syukur Alhamdulillah kerana saya cepat pulih meskipun di usia senja ini… terima kasih kepada anak saudara, Norhazlina kerana sudi menaja saya DR II,” kata Som.





