Sebelum: 103 kg
JITRA, 3 April (HPM) – Mencuba produk daripada Herba Prima Marketing (HPM), Jus Mate 5 (JM5) merupakan satu langkah bijak yang diambil oleh Siti Fatimah Noh, 28, untuk menguruskan badan.
Terkini: 83 kg
Sebelum ini, beliau pernah menggunakan produk pelangsingan badan yang lain dan akibatnya beliau mengalami masalah pembuangan air besar yang tidak terkawal.
Beliau yang bekerja sebagai Eksekutif Teknologi Maklumat (IT) di sebuah syarikat swasta ini akhirnya berjaya menemui ‘penawar’ untuk menguruskan badan dengan mencuba JM5.
“Berat sebelum menggunakan JM5 ialah 103 kilogram (kg) dan selepas saya mengamalkannya beberapa bulan, saya berjaya mengurangkan sebanyak 20 kg.
“Saya mengamalkan minum JM5 dengan teratur dan hasil yang diperolehi sangat mengejutkan kerana saya tak sangka dapat mengurangkan berat sebanyak ini,” katanya yang berasal daripada Johor.
Beliau amat bersyukur kerana dapat menjalani kehidupan seperti orang lain tanpa perlu merasa rendah diri setiap kali berhadapan dengan orang ramai dan kini beliau dapat memakai seluar pada saiz 38 sentimeter (cm).
“Paling menggembirakan ialah saya dapat berkongsi baju dengan ibu kerana sebelum ini agak susah untuk mencari saiz baju yang sesuai dengan bentuk badan saya yang besar,” katanya lagi.
Siti Fatimah juga berterima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din yang mencipta formula JM5 dan berjaya membantu gologan obesiti untuk mengurangkan berat badan.







