Cikgu Habib Hashim…turun dengan JM5
JITRA, 11 Mac, (HPM)- Kerana tertarik dengan perubahan ketara yang ditonjolkan oleh si isteri yang kini tampil langsing dan menawan selepas menggunakan Jus Mate 5 (JM5),seorang guru Habib Hashim 33 , dari Tawau Sabah ini turut bertekad menurunkan berat badannya dengan JM5.
Dorongan kuat dari isterinya iaitu Armanisah Ahmad,menyebabkan beliau memulakan program diet beliau April lalu bagi memastikan agar berat badannya menurun.
“Pada ketika itu,berat saya mencecah 90 kilogram (kg) dan ketinggian saya ialah 170 sentimeter (cm) berserta dengan ukur lilit pinggang sebanyak 38 cm,”katanya.
“Secara ringkasnya saya seorang yang kuat makan dan tidak memilih dalam soal makan,janji makanan itu sedap,” ulasnya.
“Kesannya bacaan kolesterol saya ditahap yang tinggi dan meyebabkan saya sering mengalami sakit kepala,”ujarnya lagi.
Turutnya lagi,terdapat kesan bintil-bintil di bawah mata dan doktor menyatakan yang ianya adalah kesan daripada tahap kolesterol yang tinggi dalam badan.
Selepas menggunakan JM5 sebanyak tiga kotak pada bulan pertama dimana pengambilan dua kali sehari beliau mula merasakan perubahan pada penurunan berat badannya.
“Kawan-kawan sepejabat mula menegur perubahan berat badan saya.Kini saya jadi lebih bersemangat dan meneruskan diet dengan JM5 untuk tiga kotak yang seterusnya pada bulan kedua,” katanya.
“Sepanjang proses saya mengamalkan diet saya hanya mengambil separuh daripada sarapan pagi dan menggantikan makan tengahari dengan JM5.Pada waktu malamnya pula saya mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai gantian untuk makan malam dan akan minim JM5 sekali lagi sebelum tidur.”terangnya.
“Bintil-bintil di bawah mata juga kelihatan semakin nipis dan hampir hilang serta tahap kolesterol saya juga kini semakin menurun dan perkara yang paling menggembirakan saya ialah berat badan saya turun ke 75 kg dengan ukur lilit pinggang sebanyak 33 cm,” katanya lagi.
Beliau juga berasa amat bangga kerana isteri kesayangannya juga turut memuji apabila melihat penampilannya yang terbaru.
Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terkira ditujukan beliau kepada Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM),Datuk Dr Che Rozmey Che Din.






