Sebelum menggunakan JM5
JITRA, 14 Mac (HPM) – Sudah sebulan lebih program Akademi Langsing dan Jutawan (ALJ) 2009 berlabuh tirainya. Namun, bagi bekas pesertanya yang masih meneruskan usaha menurunkan berat badan di rumah pula dilihat sangat memberangsangkan.
Bagi salah seorang bekas peserta ALJ, Nureni Abdullah, 27 yang berasal dari Masjid Tanah, Melaka, merasakan penurunan berat badannya yang mendadak dilihat bagaikan satu mimpi.
Menurut jururawat di sebuah hospital di ibu negara ini, beliau benar-benar tidak menyangka berat badannya berkurang selepas menggunakan produk Jus Mate 5 (JM5) kerana sebelum ini beliau banyak menggunakan produk lain yang tidak memberikan kesan.
“Sebelum ini berat badan saya 92.3 kg dan ramai kawan ketawakan saya kerana melihat badan saya yang terlalu besar. Namun saya tidak pernah berasa hati kerana percaya akan berjaya menurunkan berat badan suatu hari nanti,”katanya.
Nureni berkata, sepanjang menyertai program berkenaan, beliau bersungguh menurunkan berat badan walaupun pernah tersingkir pada minggu ketiga, tetapi Datuk Dr Che Rozmey Che Din telah memberi peluang kedua untuknya.
Walaupun program berkenaan telah lama berlalu, Nureni masih lagi menggunakan produk JM5. Sehingga kini, beliau telah turun sebanyak 18.7 kg dan beratnya sekarang ialah 70 kg.
“Dulu saya pakai seluar denim saiz 38 dan selepas menggunakan produk ini saiz seluar hanya 34 manakala kemeja-T saya boleh pakai saiz XL atau L berbanding saiz XXL,”tambahnya lagi.
Selepas menggunakan JM5







