Sebelum : 90 kg
JITRA, 16 Mac (HPM) — Kerana tertarik dengan perubahan isteri yang tampil langsing dan menawan selepas menggunakan Jus Mate 5 (JM5), seorang guru turut bertekad menurunkan berat badannya dengan JM5.
Habib Hashim, 33, dari Tawau, Sabah memulakan program diet dengan dorongan kuat dari isterinya, Armanisah Ahmad, April lalu bagi menurunkan berat badan beliau sebanyak 90 kilogram itu.
“Pada ketika itu, berat saya mencecah 90 kg dan adalah tidak ideal dengan ketinggian 170 sentimeter (cm) beserta dengan ukur lilit pinggang sebanyak 38 cm. Saya kelihatan agak boroi dan lebih tua dari usia sebenar.
“Secara ringkasnya saya seorang yang kuat makan dan tidak memilih dalam soal makan, janji sedap dan halal semuanya saya bedal.
Faktor ini memburukkan lagi peningkatan berat badan saya. Kesannya, bacaan kolestrol saya di tahap tinggi dan mengakibatkan saya sering mengalami sakit kepala,” katanya.
Menurut beliau, terdapat juga bintil-bintil dibawah mata dan doktor mengatakan ia adalah kesan dari tahap kolestrol yang tinggi dalam badan.
Selepas menggunakan tiga kotak JM5 pada bulan pertama (pengambilan 2 kali sehari) beliau mula terasa perubahan dan penurunan berat badan.
Terkini : 75 kg
“Kawan-kawan sepejabat mula menegur perubahan saya.Saya jadi lebih bersemangat dan meneruskan diet dengan JM5 untuk tiga kotak seterusnya pada bulan yang kedua.
“Sepanjang diet, saya hanya mengambil separuh sarapan pagi dan menggantikan makan tengahari dengan JM5. Pada sebelah malam saya mengambil sayuran dan buah-buahan sebagai ganti makan malam dan sekali lagi minum JM5 sebelum tidur.
“Bintil-bintil dibawah mata semakin nipis dan hampir hilang serta tahap kolesterol juga turun mendadak dan paling menggembirakan saya ialah apabila berat badan saya turun ke 75 kg dengan ukur lilit pinggang sebanyak 33 cm,” katanya.
Isteri beliau memuji dengan penampilannya yang baru kerana kelihatan tampan dan amat berterima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din.







