Sebelum : 64 kg
JITRA, 11 Mac (HPM) – Ramai rakan terkejut dengan penampilan Siti Asmani Abdullah, 24, yang semakin agak berisi apabila terserempak dengannya kerana sebelum ini beliau memiliki bentuk badan yang langsing sebelum melanjutkan pelajaran di politeknik.
Keadaan ini membuatkan Siti Asmani berasa agak sedih dan kecewa kerana berat badannya naik mendadak secara tiba-tiba.
Selepas menamatkan pengajian di politeknik, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dan bertekad untuk mengubah bentuk badannya yang asal.
“Ketika cuti semester lalu, saya selalu menonton segmen tajaan Wanita Hari Ini di TV3 yang menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) sebagai tetamu.
“Sejak itu, saya tertarik dengan penerangan yang diberikan oleh DDR tentang produk HPM dan mendorong saya untuk mencuba produk pelangsingan badan HPM, Jus Mate 5 (JM5),” katanya.
Beliau yang berasal daripada Bachok, Kelantan ini tanpa berlengah lagi mencuba JM5 pada Januari lalu dan kini berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 11 kg.
Beliau yang juga aktif bersukan semasa hujung minggu, turut mengamalkan diet yang sihat untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
“Sebelum menggunakan JM5, berat badan saya ialah 64 kg dan selepas tidak sampai dua kotak mencuba, saya berjaya mendapatkan berat badan sebanyak 53 kg.
“Gembira sangat apabila melihat wajah di cermin. Kalau dulu, dagu saya berlapis, kini tidak lagi dan perasaan rendah diri pun hilang,” katanya yang sedang mengikuti jurusan ‘Material Engineering’ di tahun ketiga.
Menurut Siti Asmani, sebelum menggunakan JM5 beliau sentiasa berasa letih selepas bermain futsal atau menjalani aktiviti riadah lain. Tetapi dengan JM5, beliau langsung tidak merasa letih dan lebih bertenaga untuk bersukan.
Oleh kerana tertarik dengan perubahan yang berlaku kepada beliau, kakak Siti Asmani turut mencuba JM5 kerana mengagumi keberkesanan JM5.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada DDR kerana berjaya mencipta formula ajaib JM5 dan banyak membantu golongan obesiti serta mengembalikan keyakinan diri mereka.
Terkini : 53 kg







